Profil Sekolah

Page

VISI SEKOLAH

“ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK  NEGARA SEJAHTERA “

MISI SEKOLAH

“ MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA “

FALSAFAH SEKOLAH

       Memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan abadi ke arah

kecemerlangan dan kesejahteraan insan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan  2020

OBJEKTIF SEKOLAH 

1.   Meningkatkan minda dan prestasi pelajar dari segi akademik dan kokurikulum.

2.   Melengkapkan pelajar dengan ilmu dan kemahiran supaya yakin dan tangkas dalam

menghadapi segala cabaran hidup dan rintangan serta mempunyai daya ketahanan.

3. Memupuk budaya ilmu dan budaya penyayang.

4. Semua pelajar mesti menguasai 3M : Menulis, Membaca dan Mengira.

MATLAMAT (2011-2015) 

Bertaraf Cemerlang untuk  :

 Peperiksaan PMR, SPM, STPM.
Kejohanan olahraga antara Sekolah.
Semua permainan yang disertai untuk peringkat Bahagian Sibu
Semua aktiviti kokurikulum yang disertai untuk peringkat Bahagian Sibu
Jumlah kes disiplin yang berat sifar


BATTLE CRY

UP UP SMKL!
FLY HIGH SMKL!
WE CAN WIN!
WE ARE THE BEST!


MASKOT SEKOLAH 

EAGLE (BURUNG HELANG)

Tangkas, tajam, berani
Daya ketahanan yang tinggi
Semangat kental
Taat dan Penyayang

COGAN KATA SEKOLAH 

“LANANG CEMERLANG”

Keterangan Cemerlang  :

  • Memenuhi kualiti yang tinggi dan piawaian semasa keputusan penarafan menggunakan instrumen pemastian standard oleh Jemaah Nazir, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Setanding dengan pencapaian sekolah-sekolah terbaik di Malaysia.
  • Terkenal dan ternama di negeri Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

 PIAGAM GURU SMK LANANG

Kami pendidik-pendidik SMK Lanang Sibu berikrar dan berjanji akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.  Kami melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kami dengan penuh dedikasi, iltizam, adil, saksama, toleran, konsisten, kreatif dan inovatif, selaras dengan moto berdisiplin, bertekad dan berusaha

PIAGAM PELAJAR SMK LANANG

Kami pelajar-pelajar SMK Lanang Sibu berjanji untuk membentuk disiplin diri yang tinggi, berakhlak mulia, belajar bersungguh-sungguh dan bergiat cergas dalam kegiatan ko-kurikulum demi mengharumkan nama sekolah dan masa depan diri serta berbakti kepada masyarakat dan Negara.

PIAGAM PELANGGAN PEJABAT AM

  • Menjamin memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
  • Menjamin memberi layanan yang baik dan sentiasa memberi bantuan yang diperlukan.
  • Memastikan data dan maklumat yang diberikan kemaskini, cepat, tepat dan boleh dipercayai.
  • Memastikan semua data dan dokumen disimpan dalam keadaan baik, selamat dan SULIT.
  • Memberikan maklumat individu guru, bukan guru dan maklumat sekolah dalam masa kurang daripada 10 minit dengan syarat data tersebut telah ada dalam simpanan kami.
  • Memberi maklumat pendidikan kepada unit-unit di JPN, Kementerian, sekolah-sekolah dan agensi luar yang memerlukan dalam masa kurang daripada 2 hari dengan syarat data tersebut telah ada dalam simpanan kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s